Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menerusi MCPF Daerah Shah Alam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Encorp Berhad dan Jabatan Belia dan Sukan Selangor menganjurkan program larian ‘Sama-Sama Run’ sempena Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam bertempat di Dataran Kemerdekaan hari ini.
Pada program tersebut, turut berlangsung tiga acara larian lain iaitu ‘Klasik Run’, Larian Santai dan Larian Rakan Muda yang dilepaskan serentak oleh Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam kira-kira jam 7.30 pagi. Seramai 5,000 peserta menyertai acara berkenaan.
Hadir sama, Datuk Muhammad Fuad Talib, Exco MCPF merangkap Setiausaha MCPF Selangor; Azirul Affendi Ramli, Penolong Setiausaha MCPF Selangor; Puan Sri Mimi Nur Liana Abdullah, AJK MCPF Selangor merangkap Pengerusi MCPF Shah Alam dan Penganjur Sama-Sama Run; Sekretariat MCPF pusat; DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, Timbalan Ketua Polis Selangor; Kamarul Azman Kamarozaman@ Amir, Ketua Kewangan Eksekutif Kumpulan Encorp Berhad; Datin Norsyela Jaafar, Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Kumpulan Encorp Berhad dan Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada para pengunjung antaranya memanah, wall climbing, senamrobik dan persembahan khas oleh Kombo Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menjadi tarikan para pengunjung.
Program turut diselitkan dengan pameran daripada agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan seperti MBSA, JBSNS, Encorp Berhad, Southern Lion Sdn Bhd, MBSB Bank, Maybank serta gerai jualan produk kesihatan, pakaian sukan, makanan dan minuman. Sekretariat MCPF pusat turut mengadakan pameran sempena program tersebut.