Lebih 400 pelajar sertai Forum Pencegahan Jenayah di UM

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) telah menganjurkan program Forum Pencegahan Jenayah : Strategi Pencegahan Sosial & Komuniti bertempat di Dewan Kuliah F, Universiti Malaya pada 14 Disember 2024.

Program yang disertai kira-kira 430 pelajar dan pensyarah institut pengajian tinggi sekitar Lembah Klang itu telah dirasmikan oleh Profesor Dr Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya.

Hadir sama, Dato’ Seri Ayub Yaakob, Naib Pengerusi Kanan MCPF; Encik Kuek Po Guan, Timbalan Pengerusi MCPF KL; Profesor Madya Dr. Yanti Idaya Aspura Mohd Khalid, Timbalan Dekan (Ijazah Dasar) FSSS, Profesor Madya Dr. Mashitah Hamidi, Ketua Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial FSSS dan Dr Mazlan Che Soh, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Seremban.
Pengisian program antara lain ceramah dan forum pencegahan jenayah yang disampaikan oleh pegawai polis, ahli akademik, pegawai jabatan kerajaan, tokoh belia negara dan wakil mahasiswa Universiti Malaya.

Antara topik dibincangkan adalah Peranan JPJKK Dalam Menangani Isu Semasa & Pola Jenayah yang telah disampaikan oleh Supt Mohamad Ra’ayim bin Hj Jemakir, SUPT. Kolaborasi Domestik, JPJKK Bukit Aman, Strategi Pencegahan Sosial & Komuniti oleh Dr Zaiton Azman, Pensyarah Jabatan Pentadbiran Keadilan Sosial, Universiti Malaya dan Peranan Siswa dalam Komuniti oleh Encik Tassim Zainal, Ahli Parlimen Belia Malaysia merangkap Ahli MCPF Selangor.

Kemuncak program adalah forum bertajuk “Pencegahan Jenayah & Penglibatan Mahasiswa dalam Komuniti” yang mengetengahkan empat ahli panel iaitu Prof. Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz (pensyarah undang-undang UIAM), Encik Muhammad Yusry Che Dah (Pengarah Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat JKM), Encik Mohammad Syafiq Ridzwan (Majlis Belia Malaysia) dan Lim San Shien (Ikon Bahasa Negara). Forum tersebut dikendalikan oleh Prof. Madya Dr Nadzriah Ahmad, pensyarah undang-undang UiTM Shah Alam merangkap AJK MCPF Selangor.