Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Kolej Universiti Saito menganjurkan Program Anak Angkat & Pencegahan Jenayah dan Kepolisan Komuniti bertempat di Kampung Batu 23, Sungai Nibong Sekinchan Selangor.
Program tiga hari dua malam bermula 10 Januari lepas itu telah dihadiri kira-kira 120 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, pensyarah Kolej Universiti Saito dan penduduk sekitar Kampung Batu 23, Sungai Nibong.
Hadir sama, Dato’ Sri Ayub Bin Yaakob, Naib Pengerusi Kanan MCPF; Azirul Affendi bin Ramli, Penolong Setiausaha MCPF Selangor; Mohd Najib Al-Fuad Bin Morshidi, Pengerusi MCPF Sabak Bernam; Supt. Yap Huat Tian – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor (Risikan/Operasi) IPK Selangor; Prof. Madya. Ts. Dr. Zahar Bin Ali, Dekan Fakulti Penguatkuasaan Undang-Undang dan Pengurusan Sektor Awam Kolej Universiti Saito.
Turut hadir, Mohamad Shahrin Bin Shuid, Pegawai Perpaduan Daerah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Selangor; Ahmad Faizal Bin Zulkipli, Yayasan Digital Malaysia; Mohamad Haari Bin Rusdi, Ketua Kampung Batu 23 Sungai Nibong dan sekretariat MCPF pusat.
Pengisian program antara lain aktiviti gotong-royong memberishkan balairaya dan menceriakan Kawasan kampung, taklimat berkaitan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan rondaan malam bersama masyarakat erta forum pencegahan jenayah scam melalui kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat.