Jawatankuasa Tetap ATIPSOM Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menganjurkan Program Pencegahan Jenayah Dalam Industri bertempat di Dewan Perniagaan Cina Kelantan pada 25 Februari 2025.
Program yang dihadiri 200 majikan dan pemain industri sekitar Kelantan itu telah dirasmikan oleh YDH ACP Dr Douglas Nyeging Ak Taong, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kelantan mewakili Ketua Polis Kelantan.
Hadir sama, YBrs. Prof Madya Dr. Geshina Ayu Mat Saat, EXCO MCPF merangkap Pengerusi Jawatankuasa ATIPSOM; YBrs. Mejar (PA) Dr. Wan Su Haji Haron, EXCO MCPF; YBrs. Raffly Nan, AJK ATIPSOM; YBhg. Dato’ Sheik Azhar Sheik Omar, Timbalan Pengerusi MCPF Kelantan; ahli jawatankuasa MCPF Kelantan, pegawai dan anggota polis IPK Kelantan, pegawai kerajaan serta kakitangan syarikat swasta.
Pengisian program antara lain ceramah bertajuk “Questioned Document” disampaikan oleh YBrs. Dr. Dzulkiflee Ismail – Pensyarah Program Sains Forensik, Universiti Sains Malaysia (USM) serta forum bual bicara “Keselamatan dan Kesejahteraan di Tempat Kerja”.
Forum tersebut mengetengahkan tiga ahli panel iaitu YBrs. Pn Noor Dzuraifah Mohamad dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kelantan; YBrs. TPPK Khalid A. Rashid, Ketua Unit Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA Putrajaya dan YDH SUPT Yong Soun Lian, Timbalan KJSJ (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan.
Program turut diselitkan dengan pameran daripada jabatan kerajaan dan syarikat perbankan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, JTK Kelantan, HRD Corp, Kota Bharu Medical Center, RHB Bank, AmBank dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).