Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) membawa sembilan ketua balai polis cemerlang yang terpilih dari seluruh negara bagi mengikuti lawatan sambil belajar ke Shanghai pada 19 April hingga 26 April 2025.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada ketua balai polis yang terpilih sempena Porgram Lawatan Balai Polis Cemerlang MCPF 2024 untuk mengikuti lawatan sambil belajar di Shanghai, sebuah Metropolis dan Ibu Kota Kewangan China yang disegani.
Lawatan yang diketuai Pengarah Program Lawatan Balai Polis Cemerlang 2024, YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali akan turut disertai bersama YDH CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Pengurusan Bukit Aman.
Pengisian program antara lain, lawatan ke balai polis bandar dan luar bandar Shanghai yang terletak di West Nanjing serta Zhou Pu.
Rombongan turut dibawa melawat ke Shanghai Public Security Police Museum, Law Enforment and Case Management Centre of Putuo Branch dan Shanghai Police College.
Selain itu, rombongan juga akan dibawa bertemu dengan konsulat Malaysia di Shanghai serta lawatan sekitar Ibu Kota Kewangan China tersebut.