Mesyuarat berkala JK Pengurusan MCPF 2-2025

Mesyuarat berkala Jawatankuasa Tetap Pengurusan MCPF yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ayub Yaakob, Naib Pengerusi Kanan MCPF merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan telah diadakan pada 8 Mei 2025 bagi membincangkan hal-hal strategik berkaitan pengoperasian dan hala tuju MCPF.
Antara perkara penting yang dibincangkan termasuk:
  1. Penilaian keberkesanan program pencegahan jenayah semasa
  2. Perancangan aktiviti strategik 2025
  3. Pengukuhan kerjasama antara agensi dan komuniti
  4. Laporan kewangan dan pentadbiran terkini
Komitmen berterusan ini mencerminkan usaha MCPF dalam memperkukuhkan perpaduan negara demi mengekalkan keselamatan dan keharmonian masyarakat, melalui pendekatan yang lebih strategik dan bersasar.