Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha menyebarluaskan kepentingan memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti sempena Townhall Keselamatan dan Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 19 Jun 2025.
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu telah dihadiri 500 peserta terdiri daripada agensi/jabatan kerajaan, AJK Rukun Tetangga, Peronda Skim Rondaan Sukarela, Mediator Komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil penduduk setempat.
Perasmian program townhall tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Pengisian program antara lain Slot Sekilas Realiti bertajuk “Hijrah Seorang Pelampau” serta Memerangi Naratif Kebencian dan Sentimen 3R: Rakyat Sebagai Ejen Perpaduan” yang telah disampaikan Naib Pengerusi Kanan MCPF, YBhg. Dato’ Sri Ayub Yaakob.
Selain itu, turut diadakan “Dialog Srategik: Ancaman Siber dan Ketahanan Minda Komuniti” yang mengetengahkan 4 orang ahli panel terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Program turut diselitkan dengan pameran daripada agensi dan jabatan kerajaan seperti PDRM, MCMC, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Perpaduan Negara.
Sekretariat MCPF Pusat turut mengadakan pameran pencegahan jenayah sempena program tersebut.