Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menyerahkan sumbangan berjumlah RM33,300 kepada waris dan mangsa kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 bertempat di Kem PSP Unit 5, Sungai Senam pada 24 Jun 2025.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zamrud Misdi, Bendahari MCPF kepada mangsa dan waris mangsa sebagai tanda keprihatinan atas kemalangan yang berlaku pada 13 Mei 2025 lalu yang telah meragut nyawa beberapa anggota FRU Unit 5 sewaktu dalam perjalanan pulang selepas bertugas.
Hadir sama, beberapa ahli Exco MCPF – YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali, YBhg. Dato’ Sri Pulayantran Kayambu dan YBrs. Tuan Chan Kuang Yu; DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasook, Setiausaha Eksekutif MCPF; YBrs. Tuan Yahya Abd Rahman, Timbalan Pengerusi MCPF Perak; AJK MCPF Perak serta sekretariat MCPF Pusat.