Latar Belakang KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ

  • Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
  • Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  • Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
  • Moto KPJ “Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

Objektif KPJ

  • Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
  • Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
    Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
  • Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
  • Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

  • Pembudayaan Adab Murid
  • Peningkatan Disiplin Murid
  • Perpaduan Murid
  • Patriotisme
  • Jatidiri

Jawatankuasa KPJ

Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:

  • Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
  • Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
  • Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
  • Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah
  • Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah

Penaung:

  • Pengetua/Guru Besar

Penasihat:

  • Penolong Kanan HEM
  • Pegawai Perhubungan Sekolah

Guru Penasihat:

  • Guru Disiplin Sekolah (2 orang)

AJK Kelab:

  • Pengerusi
  • Naib Pengerusi
  • Setiausaha
  • Penolong Setiausaha
  • Bendahari
  • Ahli Jawatankuasa (5 orang)
  • Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

Keahlian:

  • Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan

Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah Ceramah dan Dialog: 

  • Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
  • Penyalahgunaan dadah dan hukumannya

Kursus, Bengkel dan Seminar:

  • Membentuk keterampilan diri
  • Pembentukan sahsiah murid

Lawatan Sambil Belajar:

  • Penjara
  • Sekolah Henry Gurney

Kempen:

  • Antijenayah
  • Antimerokok
  • Antidadah

Perkhemahan:

  • Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
  • Perkhemahan Jati Diri

Pertandingan:

  • Sketsa jenayah murid-murid sekolah
  • Mencipta logo dan slogan antijenayah

Penerbitan:

  • Menerbitkan buletin KPJ
  • Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah

Program-program Khas:

  • Karnival KPJ
  • Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
  • Program Jati Diri