MCPF terus sebarluas kesedaran cegah jenayah di SMK Aminuddin Baki

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha menyebarluas kempen kesedaran pencegahan jenayah kepada pelajar sekolah dengan mengadakan pameran sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur pada 24 Jun 2025. Seramai 1,000 orang pelajar dan guru berkenan terlibat dalam menjayakan program tersebut yang bertemakan “Sekolah Sejahtera Sifar DARVIH (Dadah, Alkohol, Rokok, […]
MCPF sumbang RM33,300 kepada mangsa, waris anggota FRU kemalangan di Perak

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menyerahkan sumbangan berjumlah RM33,300 kepada waris dan mangsa kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 bertempat di Kem PSP Unit 5, Sungai Senam pada 24 Jun 2025. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zamrud Misdi, Bendahari MCPF kepada mangsa dan waris mangsa sebagai tanda keprihatinan […]
Mesyuarat berkala JK Pengurusan MCPF 2-2025

Mesyuarat berkala Jawatankuasa Tetap Pengurusan MCPF yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ayub Yaakob, Naib Pengerusi Kanan MCPF merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan telah diadakan pada 8 Mei 2025 bagi membincangkan hal-hal strategik berkaitan pengoperasian dan hala tuju MCPF. Antara perkara penting yang dibincangkan termasuk: Penilaian keberkesanan program pencegahan jenayah semasa Perancangan aktiviti strategik […]
MCPF bawa 9 ketua balai polis cemerlang ke Shanghai

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) membawa sembilan ketua balai polis cemerlang yang terpilih dari seluruh negara bagi mengikuti lawatan sambil belajar ke Shanghai pada 19 April hingga 26 April 2025. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada ketua balai polis yang terpilih sempena Porgram Lawatan Balai Polis Cemerlang MCPF 2024 untuk mengikuti lawatan sambil […]
MCPF adakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 di Putrajaya

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 bertempat di DoubleTree by Hilton, Putrajaya pada 20 Mac 2025 (Khamis). Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 100 ahli MCPF dari seluruh negara itu telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Kanan MCPF, YBhg. Dato’ Sri Ayub Yaakob. Hadir sama, Naib Pengerusi MCPF, YBhg. Dato’ Sri King […]
MCPF anjur Program Pencegahan Jenayah Dalam Industri

Jawatankuasa Tetap ATIPSOM Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menganjurkan Program Pencegahan Jenayah Dalam Industri bertempat di Dewan Perniagaan Cina Kelantan pada 25 Februari 2025. Program yang dihadiri 200 majikan dan pemain industri sekitar Kelantan itu telah dirasmikan oleh YDH ACP Dr Douglas Nyeging Ak Taong, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kelantan mewakili Ketua Polis […]
MCPF, UIAM anjur kempen kesedaran keselamatan siber

Jawatankuasa Keselamatan Siber Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar & Penglibatan Komuniti) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menganjurkan Program ‘Cybersecurity Unplugged: Protecting Yourself in the Digital Age’ semalam. Seramai 200 orang mahasiswa UIAM yang terdiri daripada Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dan Kos Siswa Siswa Pertahanan Awam […]
MCPF, Saito anjur Program Anak Angkat dan Kepolisan Komuniti

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Kolej Universiti Saito menganjurkan Program Anak Angkat & Pencegahan Jenayah dan Kepolisan Komuniti bertempat di Kampung Batu 23, Sungai Nibong Sekinchan Selangor. Program tiga hari dua malam bermula 10 Januari lepas itu telah dihadiri kira-kira 120 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, pensyarah Kolej Universiti Saito dan penduduk […]
Lebih 400 pelajar sertai Forum Pencegahan Jenayah di UM

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) telah menganjurkan program Forum Pencegahan Jenayah : Strategi Pencegahan Sosial & Komuniti bertempat di Dewan Kuliah F, Universiti Malaya pada 14 Disember 2024. Program yang disertai kira-kira 430 pelajar dan pensyarah institut pengajian tinggi sekitar Lembah Klang itu telah dirasmikan oleh Profesor […]
MCPF Selangor anjur larian ‘Sama-Sama Run’

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menerusi MCPF Daerah Shah Alam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Encorp Berhad dan Jabatan Belia dan Sukan Selangor menganjurkan program larian ‘Sama-Sama Run’ sempena Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam bertempat di Dataran Kemerdekaan hari ini. Pada program tersebut, turut berlangsung tiga acara larian lain iaitu ‘Klasik Run’, […]