JPNIN, MCPF semai nilai perpaduan di Kelantan

Town Hall Keselamatan dan Perpaduan Kelantan

Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) terus menyepadukan usaha memperkukuh nilai perpaduan dalam komuniti menerusi penganjuran sesi Townhall Keselamatan dan Perpaduan Negara dengan kerjasama pelbagai agensi lain termasuk Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bertempat di Dataran Muhammadi, Kota Bharu pada 15 Ogos 2025.

Program peringkat negeri Kelantan ini yang dihadiri hampir 500 orang peserta terdiri daripada masyarakat setempat, wakil jabatan dan agensi kerajaan, AJK Rukun Tetangga serta jemaah Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu; telah dirasmikan oleh YB Tuan Zamakhsari Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan.

Pengisian program antara lain sesi forum bertajuk “Menjulang Perpaduan, Memperkasa Keselamatan” yang dihoskan pemudah acara YBrs. Dr. Haji Johari Yap, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) serta bergandingan bersama 4 ahli panel iaitu YBhg. Dato’ Sri Ayub Yaakob, Naib Pengerusi Kanan MCPF; YBrs. Tuan Haji Hishamuddin Ab Rashid, Ketua Penolong Pengarah, MKN Negeri Kelantan; YDH DSP Roslan Hussin, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kelantan dan YBrs. Rizal Sea’at, pegawai Antidadah Negeri Kelantan.

Intipati forum tersebut berfokuskan kepada perbincangan mengenai isu-isu jenayah semasa di Kelantan khususnya melibatkan aktiviti pengedaran, penyalahgunaan dan penyeludupan dadah rentas sempadan, ancaman siber, penyebaran berita palsu termasuk penghayatan prinsip pertama Rukun Negara iaitu “Kepercayaan Kepada Tuhan” yang boleh diamalkan sebagai tunjang keselamatan dan perpaduan dalam komuniti.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

grafik_pengantunan

Latest Video