Latar Belakang KPJ
Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlamat Penubuhan KPJ
- Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
- Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
- Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
- Moto KPJ “Mencegah lebih baik daripada Memerangi”
Objektif KPJ
- Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
- Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah. - Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
- Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.
Peranan Ahli KPJ
Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:
- Pembudayaan Adab Murid
- Peningkatan Disiplin Murid
- Perpaduan Murid
- Patriotisme
- Jatidiri
Jawatankuasa KPJ
Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
- Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
- Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
- Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
- Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah
- Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah
Penaung:
- Pengetua/Guru Besar
Penasihat:
- Penolong Kanan HEM
- Pegawai Perhubungan Sekolah
Guru Penasihat:
- Guru Disiplin Sekolah (2 orang)
AJK Kelab:
- Pengerusi
- Naib Pengerusi
- Setiausaha
- Penolong Setiausaha
- Bendahari
- Ahli Jawatankuasa (5 orang)
- Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
Keahlian:
- Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan
Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah Ceramah dan Dialog:
- Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
- Penyalahgunaan dadah dan hukumannya
Kursus, Bengkel dan Seminar:
- Membentuk keterampilan diri
- Pembentukan sahsiah murid
Lawatan Sambil Belajar:
- Penjara
- Sekolah Henry Gurney
Kempen:
- Antijenayah
- Antimerokok
- Antidadah
Perkhemahan:
- Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
- Perkhemahan Jati Diri
Pertandingan:
- Sketsa jenayah murid-murid sekolah
- Mencipta logo dan slogan antijenayah
Penerbitan:
- Menerbitkan buletin KPJ
- Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah
Program-program Khas:
- Karnival KPJ
- Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
- Program Jati Diri