MCPF adakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 di Putrajaya

Mesyuarat_Agung_MCPF_32
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 bertempat di DoubleTree by Hilton, Putrajaya pada 20 Mac 2025 (Khamis).
Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 100 ahli MCPF dari seluruh negara itu telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Kanan MCPF, YBhg. Dato’ Sri Ayub Yaakob.
Hadir sama, Naib Pengerusi MCPF, YBhg. Dato’ Sri King Lim Chin Fui; Bendahari MCPF, YBhg. Dato’ Zamrud Misdi; Setiausaha Kehormat MCPF, YDH SAC Rahimi Ra’ais dan YBhg. Datuk Santhra Segaran Kanapathy, EXCO merangkap penasihat undang-undang MCPF.
Pengisian mesyuarat antara lain pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-31, pembentangan laporan kewangan, tontonan video aktiviti MCPF pusat dan negeri sepanjang 2024 serta perbincangan hal-hal berbangkit.

Leave a Replay

Upcoming Events

Infographic

Recent Posts

Latest Video

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit