Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan pameran kesedaran pencegahan jenayah sempena program “Mempertahankan dan Menyelamatkan Diri Daripada Ancaman Jenayah” bertempat di Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya (KTE Pudu Jaya) pada 24 Julai 2025.
Program yang disertai kira-kira 420 orang pelajar Tingkatan 6 bawah dan atas kolej berkenaan telah dirasmikan oleh YBrs. Sarinah Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran KTE Pudu Jaya.
Pengisian program antara lain ceramah bertajuk “Pelencongan Sosial – Lebih Baik Cegah!!” yang telah disampaikan oleh Master Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir.
Selain itu, program turut diselitkan dengan pameran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Skuad Aman Wanita (AMANITA) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).