Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan pameran kesedaran pencegahan jenayah sempena Karnival Kecemerlangan Inklusif 2025 Institut Pendidikan Guru (IPG) bertempat di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada 1 dan 2 Oktober 2025.
Program tersebut yang dihadiri oleh 700 orang pelajar dan cikgu sekolah serta penuntut serta pensyarah IPG telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Shamsul Saniron, Timbalan Rektor Pusat Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Hadir sama, YBrs. Tuan Chan Kuang Yu, EXCO MCPF merangkap Naib Pengerusi MCPF Kuala Lumpur; DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasook, Setiausaha Eksekutif MCPF; Ahli MCPF Kuala Lumpur dan sekretariat MCPF.
Pengisian program antara lain webinar antarabangsa, showcase amalan terbaik PdP, pameran oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan reruai jualan, jualan produk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), Apple in Classroom, CPD PdP Inklusif serta persembahan teater yang melibatkan pelakon dalam kalangan pelajar bekeperluan khas.