Yayasan Pencegahanan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha mendekati warga emas dalam menyebarluas kempen kesedaran pencegahan jenayah dengan mengadakan pameran dan ceramah sempena Majlis Penghayatan Teras MADANI Bersama Bekas Pendidik Wilayah Persekutuan bertempat di ibu kota pada 26 Julai 2025.
Program anjuran Persatuan Pemerkasaan Rakyat Kebangsaan yang dihadiri 200 bekas pendidik sekitar Kuala Lumpur; telah dirasmikan oleh YBrs. Mohd Khailani Ismail, Pengarah Bahagian Kepimpinan Negara, Akademi Kenegeraan Malaysia. Hadir sama, YBhg. Datuk Dr. Maimunah Sargeant, Pengerusi Persatuan Pemerkasaan Rakyat Kebangsaan.
Pengisian program antara lain, Demo Mempertahankan Diri dan Ceramah Berkaitan Trend Jenayah Semasa yang telah disampaikan oleh Master Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir mewakili MCPF Kuala Lumpur. Program turut diselitkan dengan pameran daripada syarikat rawatan wajah, Beaubelle Swiss.