MCPF dekati penduduk di Taman Bukit Subang

Taman Bukit Subang

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) terus meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah di kalangan masyarakat menerusi pameran sempena pelancaran Taman Angkat Skuad Aman Wanita (AMANITA) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor bertempat di SK Taman Bukit Subang, Shah Alam pada 4 Oktober 2025.

Program yang dihadiri 500 murid, penduduk dan masyarakat sekitar SK Taman Bukit Subang itu telah dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor.

Hadir sama, YBhg. Datuk Muhammad Fuad Talib, EXCO MCPF merangkap Setiausaha MCPF Selangor; YBhg. Dato’ Seri Azmir Merican, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property Berhad; YBrs. Puan Noraini Binti Jaafar, Ketua AMANITA Taman Bukit Subang, AJK MCPF Selangor dan sekretariat MCPF.

Pengisian program antara lain, ceramah pengenalan AMANITA, persembahan PDRM (SMD), ceramah berkaitan anti-buli, penyerahan surat pelantikan Taman Angkat AMANITA dan pameran dan reruai jualan daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video