Jawatankuasa Keselamatan Siber Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu menganjurkan program kesedaran pencegahan jenayah siber dan penipuan digital bertempat di IPG Kampus Kota Bharu pada 4 Oktober 2025.
Program yang dihadiri 650 orang pelajar dan kakitangan IPG itu telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Mohd Ali Tamby, Timbalan Ketua Polis Kelantan yang mewakili Ketua Polis Kelantan.
Hadir sama, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber MCPF; YDH ACP Lotfi Ameer Muhamad, Ketua JPJKK Kontinjen Kelantan; YBhg. Dr. Hajah Narita Mohd Noor, Pengarah IPGKKB; YBhg. Dato’ Subramaniam a/l A.R.A. Nachiappan, Pengerusi MCPF Kelantan; AJK MCPF Kelantan dan sekretariat MCPF.
Pengisian program antara lain ceramah bertajuk ‘Cinta, Duit dan Kerja Palsu: Kenali Red Flags’ yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Geshina Ayu Mat Saat, EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa ATIPSOM MCPF; ‘Scammer dan Cinta Digital: Jerat yang Memerangkap’ (PDRM) dan ‘Amaran Scam. Anda Lebih Bijak’ (Wakil Persatuan Bank Malaysia).