Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat setempat menerusi penganjuran kempen kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan.
Program yang disertai kira-kira 65 orang terdiri daripada ahli Jawatankuasa MCPF Kedah, pegawai & anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), wakil Pegawai Daerah & Penghulu Mukim ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah, YDH Supt. Mohd Radzi Abdul Rahim.
Pada acara itu, YDH Supt. Mohd Radzi bersama-sama Pengerusi MCPF YBrs. Tuan Haji Yusof Ariffin telah menyerah dan melekatkan Jalur Gemilang pada motosikal peronda polis serta kenderaan milik orang awam yang melalui jalan raya di hadapan IPD Kubang Pasu.