MCPF, Kerajaan Sarawak pergiat usaha sebarluas kempen cegah jenayah

Program Satu Hati Tolak Jenayah di Lawas

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama One Stop Committee Bagi Menangani Isu Penyalahgunaan Dadah & Substans (OSC-MIDS) Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Lawas terus mempergiatkan usaha dalam menyebarluas kempen kesedaran pencegahan jenayah menerusi penganjuran program “Satu Hati Tolak Jenayah” bertempat di SMK Merapok pada 23 Ogos 2025.

Program yang disertai 300 orang pelajar dan guru bagi mengekang masalah dadah, gangguan seksual dan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah; telah dirasmikan oleh YBrs. Julkipli Tangah, Pengetua SMK Merapok mewakili YBhg. Dato’ Sri Johnny Ch’ng Ewe Gee ahli EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kelab Pencegahan Jenayah MCPF.

Hadir sama, YBrs. Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah, Penasihat OSC-MIDS Sarawak; YBrs. Tuan Abdul Rahman Sapawi, Pegawai Pendidikan Daerah Lawas; YDH DSP Liong Anak Tindan, Ketua Polis Daerah Lawas; pegawai kerajaan dan ketua masyarakat di daerah Lawas serta Sekretariat MCPF Pusat.

Pengisian program antara lain ceramah yang disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Limbang, Ikon Antidadah dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Program turut diselitkan dengan pameran Kesedaran Pencegahan Jenayah oleh PDRM, Jabatan Kesihatan Daerah Lawas, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lawas, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia & Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Lawas.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

grafik_pengantunan

Latest Video