MCPF tekankan kepentingan lindungi diri, hargai hidup

Lindungi diri hargai hidup

YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali selaku EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jenayah dan Pemulihan Berkaitan Dadah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) hadir menyampaikan ceramah bertajuk “Pilih Jalan Bijak: Lindungi Diri, Hargai Hidup” sempena Projek Peduli Insan 2025: Program Pengukuhan Psikososial di ibu negara pada 16 Julai 2025.

Program tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 Julai 2025 itu telah dihadiri oleh 32 orang peserta terdiri daripada bekas penagih dadah, golongan gelandangan dan komuniti rentan lain dari sekitar Chow Kit.

Pengisian ceramah YBhg. Datuk Kamarudin antara lain menekankan tentang realiti kehidupan hari ini, waspada tanda-tanda awal ancaman dan ugutan, langkah-langkah perlindungan diri serta tip pencegahan awal untuk menghindarkan diri daripada menjadi mangsa dan terjebak dengan jenayah.

Pada sesi tersebut juga para peserta turut berkongsi pengalaman bagaimana mereka terjerumus dalam kancah dadah. Ceramah diakhiri dengan sesi soal jawab.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Latest Video