MCPF ucap Selamat Hari Pahlawan

UCAPAN

Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI

Tanggal 31 Julai setiap tahun, kita akan menyambut Hari Pahlawan – satu tarikh yang amat bermakna dalam sejarah negara, hari bagi memperingati jasa dan pengorbanan barisan perajurit yang telah berjuang, bertempur dan terkorban demi mempertahankan tanah air.

Hari Pahlawan bukan sekadar mengenang jasa mereka yang sudah pergi, tetapi juga sebagai satu penghargaan kepada mereka yang masih berkhidmat. Kita wajib mengenang dan menghargai segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengenal erti penat lelah demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Jasa dan keberanian mereka patut dijadikan contoh dan inspirasi kepada kita untuk terus mempertahankan keamanan dan keharmonian negara. Marilah kita sama-sama menanamkan semangat patriotik yang tinggi dalam diri, agar kita dapat meneruskan perjuangan mereka dalam membina negara yang lebih maju, aman dan sejahtera.

Kita juga tidak boleh lupa untuk memberikan sokongan padu kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban kerana pengorbanan mereka turut memberi kesan kepada generasi akan datang.

Dengan penuh rasa hormat, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pahlawan negara, baik yang masih berkhidmat mahupun yang sudah meninggal dunia.

Selamat Hari Pahlawan.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

grafik_pengantunan

Latest Video