Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bilangan 4-2025

mesyuarat pengurusan 4-2025 10122025

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil 4/2025 yang dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), YBhg. Dato’ Sri Dr. King Lim Chin Fui, telah berlangsung di Bilik Mesyuarat MCPF pada 10 Disember 2025.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan laporan aktiviti-aktiviti oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap dan perancangan gerak kerja bagi tahun 2026.

Hadir sama, YBhg. Dato’ (Dr) Zamrud Bin Misdi, Bendahari MCPF; YBhg. Dato’ Sri Johnny Ch’ng Ewe Gee, EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ); YBhg. Datuk Kamarudin Bin Md Ali, EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jenayah dan Pemulihan Berkaitan Dadah.

Turut hadir, EXCO MCPF, YBhg. Tan Sri Datuk Eddy Chen Lok Loi, YBhg. Dato’ Kennard Ch’ng Ewe Kok, YBhg. Dato’ Sri Chong Chin Fung, YBhg. Dato’ Sri Pulayantran Kayambu, YBrs. Tuan Chan Kuang Yu; Setiausaha Kehormat MCPF, YDH SAC Rahimi Bin Ra’ais dan Setiausaha Eksekutif MCPF, YDH DSP Noorhamasiren Binti Boonthnam Ekkasook.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video