Pasukan Pendakwa Raya Wilayah Hebei, China telah mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Kuala Lumpur, hari ini.
Kehadiran delegasi seramai 5 orang yang diketuai Ren Guoqiang, Timbalan Ketua Pendakwaraya Wilayah Hebei, telah disambut oleh YBhg. Dato’ Sri Johnny Ch’ng Ewe Gee, EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ).
Hadir sama, Encik Norazlan Haji Idris, Pengurus Besar Korporat dan Cik Nurfarliza Kamarazaman, Pengurus Kewangan dan Pentadbiran.
Kumpulan delegasi dari China berkenaan disertai oleh Li Suying, Ketua Pendakwaraya Bandaraya Shijiazhuang; Xiong Wei Ketua Pendakwaraya Bandaraya Hengshui; Zhao Wei Ketua Pendakwaraya Bandaraya Dingzhou dan Jin Yuexia, Pengarah Jabatan Pendakwaraya Wilayah Hebei.
Pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu dimulakan dengan memperkenalkan kedua-dua agensi dan diikuti dengan sesi perkongsian pendapat serta pandangan dalam menyebarluaskan kesedaran pencegahan jenayah di Malaysia dan China.








