Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil 3-2026 yang dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), YBhg. Dato’ Sri Dr. King Lim Chin Fui, telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 19 Menara Sunway pada 12 November 2026.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan rancangan aktiviti-aktiviti oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap yang baru dilantik dan perancangan gerak kerja bagi tahun 2027.
Hadir sama, dua Naib Pengerusi MCPF iaitu, YBhg. Datuk Seri Thaiveegan a/l Arumugam dan YBhg Datuk Muhammad Fuad bin Talib serta YBhg. Dato’ Seri Erwan bin Dato’ Hj Mohd Tahir, Bendahari MCPF.
Turut hadir, lima Pengerusi Jawatankuasa Tetap iaitu YBrs. Tuan Chan Kuang Yu (Jawatankuasa Pencegahan dan Pemulihan Berkaitan Dadah), YBhg. Dato’ Jeyamalar a/p Somasundram (Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah – Sektor Institusi Pendidikan Tinggi), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin (Jawatankuasa Keselamatan Siber), YBrs. Prof. Madya Dr. Geshina Ayu binti Mat Saat (Jawatankuasa Belia, Wanita dan Kanak-Kanak), YBrs. Dr. Haezreena Begum binti Abdul Hamid (Jawatankuasa Rehabilitasi dan Pemulihan Pesalah) serta YDH DSP Noorhamasiren binti Boonthnam Ekkasook, Setiausaha Eksekutif MCPF.









