Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan mengadakan Program Perjumpaan Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH DCP Dato’ Alzafny bin Ahmad bersama Ketua-ketua Komuniti Masyarakat bertempat di Port Dickson pada 28 Oktober 2026 untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat melalui pendekatan community policing.
Hadir sama, YDH SAC Mohd Nasharudin bin Mohd Shariff, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan; YDH Supt. Ahmad Afiq bin Mohd, Ketua Polis Daerah Port Dickson; ketua-ketua jabatan dan anggota IPK Negeri Sembilan. YBhg. Dato’ Sri Dr. King Lim Chin Fui, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) turut hadir memenuhi undangan Ketua Polis Negeri Sembilan.
Pengisian program antara lain sesi dialog antara PDRM dan Ketua-ketua Komuniti Daerah Port Dickson serta sesi ramah mesra bersama YDH Ketua Polis Negeri Sembilan.









