Sunway, MCPF Selangor anjur karnival cegah jenayah di asrama

Sunway Wellness 2026 - 21102026

Sunway Education Group dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menganjurkan program Residence Social Wellness Carnival: Connect Well, Live Well bertempat di Sunway House Waterfront Residences, Petaling Jaya pada 21 Oktober 2026.

Penganjuran karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan pelajar khususnya di asrama berkaitan jenayah dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah.

Program yang dihadiri kira-kira 200 pelajar Universiti Sunway itu telah dirasmikan oleh YDH SAC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Selangor.

Hadir sama, YBhg. Datuk Muhammad Fuad Talib, Naib Pengerusi MCPF; YBrs. Prof. Dato’ Elizabeth Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Education Group; pegawai-pegawai kanan polis Kontinjen Selangor dan kakitangan Sunway Education Group.

Pengisian program antara lain sesi dialog Bersama ACP Foo Chek Seng, Timbalan Ketua JPJKK IPK Kuala Lumpur dan persembahan unit anjing pengesan K9 daripada Jabatan Penjara Malaysia.

Program turut diselitkan dengan pameran daripada MCPF, JPJKK, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video