MCPF terus sebarluas kesedaran cegah jenayah di SMK Aminuddin Baki

Pameran di SMK Aminuddin Baki
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha menyebarluas kempen kesedaran pencegahan jenayah kepada pelajar sekolah dengan mengadakan pameran sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur pada 24 Jun 2025.
Seramai 1,000 orang pelajar dan guru berkenan terlibat dalam menjayakan program tersebut yang bertemakan “Sekolah Sejahtera Sifar DARVIH (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan dan HIV)”.
Pengisian program antara lain ceramah bertajuk “Kebebasan Palsu: Rokok & Vape Tidak Buat Anda Cool” dan “Sekolah Bebas Dadah” yang disampaikan oleh pegawai daripada Jabatan Kesihatan Malaysia serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Program turut diselitkan dengan pameran daripada Jabatan Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), AADK, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).