Jawatankuasan ATIPSOM Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menganjurkan Program Perkongsian Ilmu dan Kemahiran peringkat Zon Tengah bertempat di Universiti Malaya pada 24 Oktober 2025.
Program ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada ahli MCPF tentang pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran termasuk memperkenalkan kaedah mengenal pasti mangsa melalui pendekatan kriminologi, viktimologi dan psikologi.
Kira-kira 15 orang peserta terdiri daripada ahli dan AJK MCPF Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan telah mengikuti bengkel tersebut.
Hadir sama, YBrs. Prof. Madya Dr. Geshina Ayu Mat Saat, Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa ATIPSOM; YBhg. Dato’ Zainal Azman Abu Seman, Pengerusi MCPF Perak; YDH DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasook, Setiausaha Eksekutif MCPF; YBrs. Prof. Madya Dr. Mashitah Hamidi, Ahli Jawatankuasa ATIPSOM dan Sekretariat MCPF.
Pengisian program antara lain ceramah bertajuk “Memahami Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran” dan “Mangsa dan Trauma: Perspektif Psikososial & Kriminologi” yang disampaikan oleh
YBrs. Prof. Madya Dr. Geshina Ayu Mat Saat serta YBrs. Prof. Madya Dr. Mashitah Hamidi.
Program turut diselitkan dengan Latihan dalam kumpulan berkaitan “Simulasi Pemerhatian Tingkah Laku Mangsa” serta “Analisis Kes & Profil Kriminologi Sindiket”.









