MCPF adakan pameran kesedaran cegah jenayah di SK Petaling 2

sk_petaling_24092026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan pameran pencegahan jenayah sempena Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak 2026 bertempat di SK Petaling 2, Kuala Lumpur pada 24 September 2026.

Program yang dihadiri kira-kira 500 orang pelajar dan tenaga pengajar sekolah tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman murid-murid berkenaan situasi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan.

Hadir sama, YBrs. En. Norizam Zaman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Cik Norazlina Omar, Penolong Kanan Kokurikulum SK Petaling 2.

Pengisian program adalah ceramah interaktif bertajuk “Gajet dan Internet – Indah atau Padah?” yang disampaikan oleh Master Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir daripada MCPF Kuala Lumpur.

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak 2026
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video