MCPF, MITRA rangka program cegah jenayah murid India

mitra_putrajaya_web

Ahli Majlis Eksekutif (EXCO) Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan sesi perbincangan bersama Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) bertempat di Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 16 Jun 2026.

Perbincangan dua hala antara kedua-dua belah pihak itu bertujuan merangka dan melaksanakan program pencegahan jenayah serta pembangunan sahsiah murid-murid India di sekolah rendah yang bakal dilancarkan pada bulan Ogos 2026.

Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MITRA, YBrs. Ravindran Nair A/L Kesavan Nair dan disertai tiga EXCO MCPF iaitu YBhg. Dato’ Seri Thaiveegan A/L Arumugam, YBhg. Dato’ Sri Pulayantran A/L Kayambu dan YBhg. Dato’ Jeyamalar A/P Somasundram serta sekretariat MCPF.

Fokus perbincangan tertumpu kepada masalah disiplin dan jenayah dalam kalangan murid India di sekolah rendah serta cadangan program bersesuian yang akan dilaksanakan.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video