MCPF teruskan kempen cegah jenayah di sekolah

karnival_edutechpreneur_smk_bb_sentul_24062026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan pameran kesedaran pencegahan jenayah terhadap pelajar sekolah sempena Karnival Edu-Techpreneur bertempat di SMK Bandar Baru Sentul pada 24 Jun 2026.

Program yang melibatkan kira-kira 1,400 pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 serta warga pendidik sekolah ini, bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Keusahawanan dan STEM, di samping membentuk sahsiah serta meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan dan pencegahan jenayah.

Melalui reruai pameran yang disediakan, MCPF telah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan langkah-langkah pencegahan jenayah, keselamatan diri, ancaman jenayah siber, bahaya penyalahgunaan dadah, vape serta peranan pelajar dalam membantu mewujudkan persekitaran sekolah dan komuniti yang selamat.

Turut hadir memeriahkan program ialah YBrs. Tuan Adam Tan Kheng Huat, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah PPD Sentul; YBrs. Tuan Muhamad Hilmi Nawang, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Bandar Baru Sentul dan YBrs. Puan Maizun Rajak, Kaunselor SMK Bandar Baru Sentul.

MCPF percaya bahawa pendidikan, kesedaran dan penglibatan komuniti merupakan antara elemen terpenting dalam membentuk generasi muda yang berintegriti, berdisiplin dan peka terhadap isu keselamatan.

Karnival Edu-Techpreneur SMK Bandar Baru Sentul
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video