MCPF sebar mesej cegah jenayah kepada pelajar kolej

kolej_goon_2026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengadakan pameran kesedaran pencegahan jenayah sempena Karnival Kerjaya dan Hari Terbuka Kolej Antarabangsa Goon bertempat di Bangunan Cahaya Suria, Kuala Lumpur pada 8 Julai 2026.

Program yang dihadiri kira-kira 100 orang pelajar, pensyarah dan kakitangan kolej berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang pekerjaan, latihan industri, pembangunan profesional dan kesukarelawan daripada agensi kerajaan, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut mengadakan pameran kerjaya dan keselamatan sempena program tersebut.

Program turut diselitkan dengan karnival pengkhususan bidang seperti Teknologi Maklumat (IT), Sains Forensik, Penguatkuasaan Undang-undang dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Karnival Kerjaya dan Hari Terbuka Kolej Antarabangsa Goon
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video