MCPF dekati komuniti Bangi, sebar kesedaran cegah jenayah

Townhall IPK Selangor UKM Bangi 05082026_new

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengadakan pameran sempena Program Town Hall Discussion Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang dianjurkan oleh PDRM Selangor bertempat di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Ogos 2026.

Program yang disertai kira-kira 300 peserta terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), pendidik, Jawatankuasa Rukun Tetangga dan persatuan penduduk sekitar Bangi itu bertujuan memperkukuhkan hubungan serta kepercayaan antara PDRM dan masyarakat melalui komunikasi dua hala yang terbuka, di samping menjadi platform membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam.

Hadir sama, YDH CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor; YDH DCP Mohd Zaini Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor; YBhg. Datuk Muhammad Fuad Talib, EXCO MCPF; DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasook, Setiausaha Eksekutif dan YDH ACP Naazrol Abdul Yusof, Ketua Polis Daerah Kajang.

YBhg. Datuk Muhammad Fuad Talib yang mewakili MCPF dijemput menyampaikan ceramah bertajuk “Kepentingan Pencegahan Jenayah”, dengan penekanan terhadap peranan komuniti sebagai rakan strategik dalam usaha membanteras jenayah dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.

Selain sesi ceramah, program turut diserikan dengan pameran daripada pelbagai agensi termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Bank Simpanan Nasiona (BSN), Tabung Haji serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Program Town Hall Discussion Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video