Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama KEMAS Parlimen Shah Alam menganjurkan Kursus Motivasi dan Kepimpinan: Keluarga Sejahtera bertempat di Dewan Dahlia MBSA Seksyen 24, Shah Alam pada 26 September 2026.
Program yang dihadiri kira-kira 100 orang peserta terdiri daripada ibu bapa, pelajar, wakil RT dan SRS, telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Safri Tambong, Pegawai KEMAS Daerah Petaling.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta program berkaitan jenayah penyalahgunaan dadah, buli dan keselamatan siber.
Pengisian program antara lain ceramah bertajuk “Jenayah Berkaitan Penyalahgunaan Dadah” oleh YBrs. Master Saiful Hamirruzaman Hazir, MCPF Kuala Lumpur diikuti taklimat berkaitan “Anti buli” yang disampaikan oleh YDH Supt. Norazlin Che Mohd Nor, Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) dan perkongsian mengenai “Jenayah Siber” oleh YBrs. En. Ridzwan Ahmad Mohd Fathil, Cyber Security Malaysia.
Program turut diselitkan dengan pameran pencegahan jenayah daripada Sekretariat MCPF sempena program tersebut.









