Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan pameran sempena Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) bertempat di Dewan Juara, SK Kampung Batu, Kuala Lumpur pada 10 Jun 2026.
Program yang disertai kira-kira 550 orang murid dan guru sekolah berkenaan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang keburukan dadah, rokok dan vape selain meningkatkan kesedaran terhadap kes buli serta jenayah seksual.
Pengisian program antara lain ceramah pencegahan jenayah dan dadah oleh Encik Saiful Hamirruzaman bin Md Hazir, Perunding Keselamatan & Pertahanan Diri, Kick Start Academy.
Program turut diselitkan dengan pameran daripada Polis Diraja Malaysia (JPJKK IPD Sentul) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sentul.









