MCPF cadang strategi pencegahan dadah di kalangan belia

Majlis_Perundingan_Belia_17072026

Pejabat Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras dan Bandar Tun Razak dengan kerjasama Majlis Belia Kawasan Bandar Tun Razak telah menganjurkan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Kawasan Bandar Tun Razak 2026 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 17 Julai 2026.

Persidangan itu telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara 2026 Peringkat Kawasan Bandar Tun Razak.

Hadir sama, YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali dan YBrs. Tuan Chan Kuang Yu, EXCO MCPF; YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; Cik Khairunnisa Abu Samah, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Bandar Tun Razak serta wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan belia.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Maju Sejahtera, diikuti bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis Belia Kawasan Bandar Tun Razak serta ucaptama oleh YB Pengerusi Persidangan.

Turut berlangsung ialah majlis penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Perundingan Belia Negara bagi sesi 2026–2028.

Persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan usul yang melibatkan empat usul berkaitan kluster ekonomi, kesejahteraan sosial belia dan pembangunan keusahawanan belia. Wakil daripada agensi-agensi berkaitan turut memberikan maklum balas terhadap usul-usul yang dibentangkan.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali telah menyampaikan pandangan dan cadangan mewakili MCPF bagi memperkukuh strategi pencegahan, intervensi awal serta pemulihan penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.

Beliau menekankan kepentingan kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan belia dan komuniti dalam melaksanakan program pencegahan yang berkesan bagi membendung penyalahgunaan dadah serta gejala jenayah dalam kalangan generasi muda.

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Kawasan Bandar Tun Razak 2026
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video