MCPF dekati masyarakat dalam program Outreach Komuniti PDRM

pulapol_10092026

Polis Diraja Malaysia (PDRM), D11 Bukit Aman telah mengadakan Program Outreach Komuniti: Masyarakat Prihatin Bersama Menjamin Keselamatan bertempat di Dewan Tan Sri Rahman Hashim, PULAPOL Kuala Lumpur pada 10 September 2026.

Program yang dihadiri 400 orang terdiri daripada wakil KPM, DBKL, PERPADUAN dan NGO sekitar Kuala Lumpur itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pencegahan jenayah seksual, jenayah siber, keganasan rumahtangga melalui pengesanan awal serta pelaporan serta intervensi yang berkesan.

Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YDH CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Bukit Aman.

Pengisian program antara lain forum bertajuk “Bina Komuniti Selamat Bersama Mencegah Jenayah Seksual dan Ancaman Digital” yang dikendalikan oleh YDH P/DSP Haslinda Abd Hamid daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama empat ahli panel iaitu YDH SAC Siti Kamsiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah D11 Bukit Aman; YBrs. Prof Dr. Suzaili Wahab, Pensyarah/Pakar Psikiatri HCTM; YBrs. Dr. Ahmad El-Muhammady, Penolong Profesor, Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun UIA dan YBrs. Tuan Aziz Hashim, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).

Program turut diselitkan dengan pameran daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), D11 Bukit Aman, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), Intellectually Disabled Association Malaysia, SK AU Keramat, JPWKL, Kementerian Pendiikan (KPM), LPPKN dan Jabatan Guaman.

Program Outreach Komuniti: Masyarakat Prihatin Bersama Menjamin Keselamatan
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video