MCPF dekati penduduk Serdang, sebar mesej cegah jenayah

seri_serdang_pdrm_04072026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan pameran kesedaran pencegahan jenayah sempena Program Kepolisan Komuniti/OSCAR Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bertempat di Dewan Serbaguna MBSJ Sri Serdang pada 4 Julai 2026.

Program yang dihadiri kira-kira 200 orang itu bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan kepolisan komuniti dan merapatkan hubungan antara polis serta penduduk selaras dengan slogan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Hadir sama, YDH ACP Muhamad Farid Ahmad, Ketua Polis Daerah Serdang; YDH Supt. Ahmad Firdaus Md Nadzir, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang; YBrs. Puan Nursyaheera Abdul Ghafar, Ahli Majlis Zon 20 Seri Serdang; YBrs. Tuan Khalid Haji Lambat, Pengerusi KRT Taman Seri Serdang dan AJK MCPF Serdang.

Pengisian program antara lain ceramah “Jenayah Siber Dalam Talian” dan “Kesedaran Gangguan Seksual” yang disampaikan oleh pegawai polis IPD Serdang, senamrobik, sesi dialog antara PDRM dan persatuan penduduk sekitar Serdang dan pertanding mewarna.

Program turut diselitkan dengan pameran kesedaran pencegahan jenahah daripada Unit Trafik, Skuad Amanita, Masjid UPM dan Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Serdang.

Program Kepolisan Komuniti/OSCAR Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video