MCPF tingkat kesedaran cegah jenayah warga PPR Seri Malaysia

PPR_Seri_Malaysia_main

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah sempena program Peduli, Prihatin, Lapor: Jejak Awal Menyelamatkan Mangsa Keganasan Rumah Tangga bertempat di PPR Seri Malaysia 19 September 2026.

Program anjuran Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) UPNM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga serta kesannya terhadap mangsa dan keluarga.

Seramai 100 orang peserta terdiri daripada warga PPR Seri Malaysia hadir pada program tersebut. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Lt. Kol. (B) Prof. Madya Dr. Haji Noor Azmi Haji Mohd Zainol, Dekan FPPP, UPNM.

Hadir sama, YBrs. Lt. KDR. (B) Dr. Mazura Md Saman, Ketua Kluster Kajian Keselamatan dan Kepimpinan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Sultan Ibrahim UPNM dan YBrs. Nor Zaidi Miahani, Pengerusi PPR Seri Malaysia.

Pengisian program antara lain ceramah bertajuk “Memahami KRT dan Kitarannya” yang disampaikan oleh YDH Supt. Norazlin Che Mohd Noor, Pensyarah FPPP dan “Forensik Keganasan Rumah Tangga” oleh YBrs. Dr. Nadiawati Abdul Razak, Pakar Perubatan Forensik UPNM.

Program turut diselitkan dengan pameran daripada D11 PDRM (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) IPK Kuala Lumpur dan MCPF.

Program Peduli, Prihatin, Lapor: Jejak Awal Menyelamatkan Mangsa Keganasan Rumah Tangga
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video