Jelajah Anti Scam Kebangsaan peringkat negeri Terengganu

Program selama dua hari itu telah menghimpunkan hampir 300 peserta.
JASK UMT
Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2025 peringkat Negeri Terengganu telah diadakan dengan jayanya di Auditorium Mahyuddin, Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu pada 18 dan 19 Jun 2025.
Program selama dua hari ini yang menghimpunkan hampir 300 peserta, termasuk pegawai ICT Kerajaan Negeri, kakitangan UMT, pelajar dan masyarakat setempat telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Noor Maizura binti Mohamad, Pro Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Digital), UMT.
Pengisian program merangkumi bengkel keselamatan siber pada hari pertama, manakala hari kedua menyaksikan pelbagai sesi taklimat, forum, dan perkongsian pengalaman bersama panel jemputan daripada pelbagai agensi / institusi seperti CyberSecurity Malaysia, Tiktok, Bank Negara Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM, Association of Islamic Banking & Financial Institutions Malaysia (AIBIM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) turut hadir membuka reruai pameran bagi berkongsi maklumat jenayah scam kepada orang ramai.
Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber MCPF merangkap ahli Exco MCPF turut berkongsi informasi dalam sesi bual bicara bertajuk ‘Media Sosial & MADANI’.
Hadir sama memberikan sokongan ialah YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zaini bin Haji Md. Taha, Timbalan Pengerusi MCPF Terengganu merangkap AJK MCPF negeri.
Jelajah ini merupakan destinasi pertama bagi tahun 2025, selepas kejayaan siri jelajah ke beberapa buah negeri pada tahun 2023 dan 2024. Program seumpama ini diyakini mampu menjadi platform berkesan dalam usaha menyampaikan mesej pencegahan jenayah scam secara langsung kepada masyarakat pelbagai lapisan.

Leave a Replay

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit