‘Peranan MCPF sebagai Agen Transformasi Masyarakat’

Social_Media_IPK_Pahang09072025

YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali selaku Ahli EXCO dan Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jenayah dan Pemulihan Berkaitan Dadah Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) menyampaikan ceramah bertajuk ‘Peranan MCPF sebagai Agen Transformasi Masyarakat’ sempena Seminar Comunity Policing peringkat negeri Pahang di Kuantan pada 9 Julai 2025.

Program anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang itu telah dihadiri 50 orang ketua-ketua polis balai, pegawai Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) peringkat Daerah dan Kontinjen Pahang.

Hadir sama, YBhg. Dato’ Kennard Ch’ng Ewe Kok, ahli EXCO dan Pengerusi MCPF Pahang serta YBhg. Dato’ Sri Chong Chin Fung (ahli EXCO).

Pengisian ceramah antara lain merangkumi, Konteks jenayah semasa di Malaysia, Peranan polis dalam pencegahan jenayah, Peranan MCPF dalam menyokong pihak Polis dan Inisiatif strategik MCPF di Pahang ke arah kolaborasi yang lebih mantap.

Terdahulu, YBhg. Datuk Kamarudin bersama rombongan MCPF Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Yahaya Othman.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kedua-dua belah pihak serta merancang program usaha sama bagi membanteras masalah penyalahgunaan dadah di Pahang.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

grafik_pengantunan

Latest Video