Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur menganjurkan “Projek Peduli Insan 2025: Program Pengukuhan Psikososial” bertempat di ibu negara yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2025.
Program tiga hari ini dihadiri oleh 32 orang peserta terdiri daripada bekas penagih dadah, golongan gelandangan dan komuniti rentan lain dari sekitar Chow Kit; telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali, EXCO MCPF merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pencegahan Jenayah & Pemulihan Berkaitan Dadah MCPF.
Hadir sama, YBrs. Prof Madya Dr Noralina Omar, Penasihat Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab Kuala Lumpur; YBrs. Puan Nor Akmar Ali, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab Kuala Lumpur; YDH DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasook, Setiausaha Eksekutif MCPF dan Sekretariat MCPF Pusat.
Pengisian program antara lain merangkumi aspek integrasi sosial, penjagaan kesihatan mental, sesi kaunseling berasaskan trauma, relapse prevention serta sesi perkongsian dua hala. YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali akan terlibat secara langsung dalam sesi perkongsian dua hala pada hari kedua.