MCPF Selangor, PDRM didik murid elak jenayah seksual dan buli

Program Kesedaran Jenayah Seksual dan Anti Buli

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor menganjurkan program kesedaran jenayah seksual dan buli dalam kalangan pelajar sekolah bertempat di SJK (T) Simpang Lima, Klang pada 4 Ogos 2025.

Program yang disertai 500 orang murid, guru, pengurusan dan pentadbir sekolah serta wakil ibu bapa itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, YBhg. Dato’ Seri A. Thaiveegan; Setiausaha MCPF Selangor merangkap EXCO MCPF Pusat, YBhg. Datuk Muhammad Fuad Bin Talib; Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Supt. Hj. Kamalariffin bin Aman Shah; Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Klang Selatan, DSP Jodie Yap Siew Wen; serta beberapa Ahli Jawatankuasa MCPF Negeri Selangor.

Pengisian program antara lain ceramah pencegahan jenayah buli dan gangguan seksual, persembahan khas daripada Unit K9 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor, serta persembahan murid-murid yang mencerminkan kesedaran dan kefahaman mereka terhadap mesej yang disampaikan.

Matlamat utama program bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang bentuk-bentuk jenayah buli dan gangguan seksual serta kesan buruk yang boleh menimpa mangsa, pelaku dan masyarakat sekeliling.

Selain itu, ia turut berperanan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bebas daripada ancaman fizikal mahupun emosi. Program ini juga memberikan pencerahan kepada murid dan guru berkenaan saluran yang betul untuk melaporkan sebarang insiden serta menggalakkan tindakan segera bagi mencegah kejadian berulang.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

grafik_pengantunan

Latest Video