MCPF, JPN Sabah tingkat kesedaran pelajar terhadap buli

Satu Hati Tolak Jenayah di Sabah

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kempen anti buli dan gengsterisme menerusi penganjuran program “Satu Hati Tolak Jenayah” bertempat di SM Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos 2025.

Program yang disertai 300 orang pelajar dan cikgu bagi memberi penekanan bahawa pencegahan jenayah bermula dari sekolah; telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Johnny Ch’ng Ewe Gee ahli EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kelab Pencegahan Jenayah MCPF.

Hadir sama, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Goh Tian Chuan, Pengerusi MCPF Sabah; YBrs. Tuan Robert John, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; YBrs. Cikgu Peter Wong Young Ming,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM Tinggi Kota Kinabalu; pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Sekretariat MCPF Pusat.

Pengisian program antara lain ceramah yang disampaikan oleh pegawai daripada PDRM, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan bekas Tahanan Limpah Sultan yang berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran sewaktu di dalam penjara.

Program turut diselitkan dengan pameran Kesedaran Pencegahan Jenayah oleh PDRM (Amanita) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

grafik_pengantunan

Latest Video