Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Pulau Pinang, YDH CP Dato’ Ts. Azizee Ismail bertempat di Bilik Tetamu Seri Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 22 Ogos 2025.
Delegasi MCPF diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Ayub Yaakob, Naib Pengerusi Kanan yang turut disertai YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali, EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pencegahan Jenayah dan Pemulihan Berkaitan Dadah dan YBhg. Dato’ Seri Ong Poh Eng, Pengerusi MCPF Pulau Pinang serta YBhg. Dato’ Sri Pulayantran Kayambu, EXCO merangkap Timbalan Pengerusi MCPF Pulau Pinang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin, ketua-ketua jabatan serta sekretariat MCPF Pusat.
Kunjungan hormat tersebut antara lain memberi taklimat kepada YDH CP Dato’ Ts. Azizee yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baharu mengenai hala tuju dan kerjasama strategik yang akan dijalin antara MCPF dan Polis Pulau Pinang dalam merangka dan menganjurkan program-program pencegahan jenayah di negeri ini.