Jawatankuasa Keselamatan Siber Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program ‘Perisai Digital – Lindungi Data, Lindungi Diri’ bertempat di Kompleks Cahaya Siswa, USM Pulau Pinang pada 18 September 2025.
Program yang dihadiri kira-kira 135 mahasiswa universiti berkenaan bertujuan memberi pendidikan dan kesesedaran kepada generasi muda supaya mencipta persekitaran digital yang lebih selamat serta terjamin.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Azlan Amran, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM.
Hadir sama, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber MCPF; YBhg. Dato’ Seri Ong Poh Eng, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir, YBrs. Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi Mat Isa, Pengarah Pusat Transformasi Digital USM; YBrs. Tuan Shukeri A. Rahaman, Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni; YBrs. Profesor Dr. Azizah Omar, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, ahli-ahli MCPF Pulau Pinang serta Sekretariat MCPF.
Pengisian program antara lain ceramah Jenayah Scam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Forum bertajuk ‘Perisai Digital – Lindungi Data, Lindungi Diri’ yang mengetengahkan dua ahli panel daripada CyberSecurity Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan & Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Demo ‘Helah Siber: Scammer vs Hacker’ (Yayasan Digital Malaysia).