MCPF lakar sejarah, pertama kali pilih EXCO guna e-voting

pemilihan_mcpf_2026_01

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) melakar sejarah baharu tersendiri apabila buat pertama kalinya berjaya mengadakan pemilihan Ahli Majlis Eksekutif (EXCO) menggunakan sistem pengundian elektronik (e-voting) sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada 10 Mei 2026.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen MCPF dalam memperkasakan tadbir urus organisasi selaras dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan transformasi digital masa kini.

Kaedah pengundian elektronik yang diperkenalkan bukan sahaja berjaya menjimatkan kos pengurusan dan penggunaan bahan bercetak, malah turut mempercepatkan proses pemilihan apabila keputusan rasmi dapat diumumkan dalam tempoh kurang lima minit selepas sesi pengundian ditutup.

Pelaksanaan sistem e-voting ini juga membuktikan kesediaan MCPF untuk mengadaptasi pendekatan lebih moden, telus, cekap dan mesra pengguna dalam pengurusan organisasi, sekali gus menjadi penanda aras baharu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di negara ini.

Tiga belas penyandang EXCO bagi penggal 2023/2026 turut mempertahankan jawatan termasuk seorang bekas EXCO yang membuat kejutan apabila kembali dipilih semula selepas berjaya berada di kelompok 17 teratas.

Penyandang dan bekas EXCO itu ialah YBhg. Dato’ Sri Johnny Ch’ng Ewe Gee, Dato’ Kennerd Ch’ng Ewe Kok, Dato’ Sri Dr. King Lim Chin Fui, YBhg. Dato’ Sri Chong Chin Fung, YBrs. Tuan Chan Kuang Yu, YBhg. Dato’ Sri Pulayantran A/L Kayambu, YBrs. Mejar (PA) Dr Wan Su binti Haji Haron, YBhg. Datuk Mak Foo Wei, YBhg. Tan Sri Datuk Eddy Chen Lok Loi, YBhg. Datuk Muhammad Fuad bin Talib, YBhg. Datuk Kamarudin bin Md Ali, YBrs. Prof. Madya Dr. Geshina Ayu binti Mat Saat serta YBhg. Dato’ Seri Erwan bin Dato’ Hj Mohd Tahir.

Sementara itu, empat muka baharu yang dipilih sebagai EXCO adalah YBhg. Dato’ Jeyamalar A/P Somasundram, YBrs. Puan Mazsulina binti Muhamad, YBhg. Dato’ Chen Liau Weng dan YBhg. Dato’ Seri Thaiveegan a/l Arumugam.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video