MCPF sertai ‘Eksplorasi Kerjaya dan Pameran Wira Muda Negara’

Eksplorasi Kerjaya PLKN 2026 web

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menganjurkan Program Eksplorasi Kerjaya dan Pameran Wira Muda Negara Siri 2/26 PLKN 3.0 bertempat di Dewan Setia Wira, Cawangan Latihan Khidmat Negara, Kuala Lumpur pada 4 Jun 2026.

Program yang dihadiri kira-kira 245 pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang, hala tuju dan realiti sebenar dunia pekerjaan.

Hadir sama, YBrs. Mejar Mohd Sollehin bin Ahmad, Komander Cawangan Latihan Khidmat Negara 515; YDH DSP Noorhamasiren binti Boonthnam Ekkasook, Setiausa Eksekutif MCPF; sekretariat MCPF Pusat dan jurulatih PLKN.

Pengisian program antara lain ceramah “Kehidupan di Penjara” yang disampaikan oleh pegawai Jabatan Penjara Malaysia dan taklimat “Keselamatan di kediaman dan tempat kerja” oleh wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur.

Program turut diselitkan dengan pameran kerjaya agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta. MCPF turut mengadakan pameran kesedaran pencegahan jenayah sempena program tersebut.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video