Politeknik Port Dickson, MCPF tingkat kesedaran cegah buli, jenayah seksual

Program di Politeknik PD

PUSPANITA Politeknik Port Dickson Bersama Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menganjurkan Program Generasi Berani, Generasi Dilindungi: Bebas Buli & Jenayah Seksual bertempat di Politeknik Port Dickson pada 22 April 2026.

Program yang dihadiri 200 orang peserta terdiri daripada murid SMA Telok Kemang, SMK Intan Perdana, pelajar dan pensyarah Politeknik Port Dickson itu telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Johnny Ch’ng Ewe Gee, Pengerusi KPJ.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran pencegahan jenayah berkaitan buli dan jenayah seksual kepada para pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson melalui ceramah serta pameran.

Hadir sama, YBrs. Ts. Dr. Haji Engku Shahrulerizal bin Haji Engku Ab Rahman, Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Port Dickson; YDH DSP Mohd Ruslan bin Mat Kib, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson; YBrs. Encik Abdul Rahim bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Politeknik Port Dickson; YBrs. Tuan Chan Kuang Yu dan YBhg. Dato’ Kennerd Ch’ng Ewe Kok, Exco MCPF.

Pengisian program antara lain ceramah bertajuk “Hentikan Buli & Gangguan Seksual” dan “Say No to Drugs” yang disampaikan oleh wakil PDRM dan AADK. Selain itu Jabatan Kesihatan turut mengadakan sesi perkongsian berkaitan Buli & Jenayah Seksual serta Kesannya Terhadapa Kesihatan Fizikal & Mental.

Program turut diselitkan dengan pameran pencegahan jenayah daripada PDRM (D11 & JPJKK) dan AADK.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video